Hurmmm nie mungkin tip berguna untuk si jejaka ataupun si gadis yang sangat mementingkan penampilan diri. kulit adalah merupakan aset yang sangat berharga yang dianugerahkan kepada setiap yang memilikinya~
Sebelum seseorang juru kecantikan memulakan tugasan merawat muka pelangan dan melakukan rawatan muka (facial treatment) adalah perlu untuk dia mengetahui jenis-jenis kulit pelangan agar dapat menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit. perkara ini perlu dipelajari dengan mendalam agar ia tidak memudaratkan dan mendatangkan kesan sampingan selepas sesi rawatan tersebut.
Terdapat 4 jenis kategori kulit iaitu:
1- Kulit Normal.
2- Kulit Berminyak.
3- Kulit Kering.
4- Kulit Campuran @ Kombinasi.
Cara-cara untuk mengenali kulit normal:
*Kulit kelihatan kemerah-merahan dan agak berseri.
*Kulit kelihatan gebu, pejal dan segar.
*Kulit kelihatan halus dan tidak berkerak (berparut @ bertanda).
*Kulit kelihatan tidak berkilat, kusam atau pudar.
sedikit tips bagi yang menginginkan kulit normal:
~~Amalkan memakan buah-buahan segar dan amalan pemakanan seimbang amat diperlukan.
Menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit muka yang dimiliki juga amat penting. Pastikan kulit muka dibersihkan pada waktu malam sebelum tidur dan pada waktu pagi selepas bangun.
* Gunakan penyegar dan krim yang bersesuaian dengan kulit muka ketika mencuci.
*PASTIKAN anda menggunakan penyegar (toner) sebelum menyapu alas bedak @ day krim.
Cara-cara untuk mengenali kulit berminyak:
*Kulit kelihatan berkilat dan berminyak.
*Kulit alahan dan mudah bertanda ataupun berbintik-bintik.
*Senang ditumbuhi jerawat dan kelihatan jelas liang roma terbuka.
*Muka tidak berseri, kelihatan pucat dan tidak menarik.
sedikit tips bagi yang menginginkan kulit berminyak:
~~Elakkan makanan yang berlemak, berminyak, dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
*Tidur yang cukup adalah penting untuk merehatkan kulit bagi pertumbuhan kulit baru berlaku dengan baik.
*Amalkan meminum air suam dan yang paling penting, elakan penggunaan produk berasaskan minyak kerana ia akan memudaratkan lagi kulit anda...gunakan produk berasaskan air adalah alternatif paling tepat.
Cara-cara untuk mengenali kulit kering:
*Kulit kelihatan tidak segar dan merekah, bersisik dan yukk tidak cantik.
*Kulit kelihatan berkedut dari usia yang tidak sepatutnya.
*Kulit terasa tegang selepas dicuci.
*Sensitif dan terasa gatal-gatal.
*Kulit mengelupas dan kelihatan macam berkelemumur pada bahagian kering.
sedikit tips bagi yang menginginkan kulit kering:
~~Gunakan pelembap setiap hari dan pastikan pelembap yang digunakan bersesuaian dan bermutu.
*Amalkan memakan makanan yang seimbang dan buah-buahan segar.
*Jangan mencuci muka terlalu kerap.
*Jangan dedahkan kulit dibawah cahaya matahari tanpa menggunakan krim penghalang matahari.
*Amalkan meminum air suam dan minum lah banyak2...x rugi pun..
Cara-cara untuk mengenali kulit campuran @ kombinasi:
~~Kulit muka di bahagian dahi, hidung dan dagu kelihatan berminyak.
~~Kulit di bahgaian pipi kelihatan kering dan campuran berminyak di kawansan sekeliling.
Faktor penyebab wujudnya kulit seperti ini:
*Penjagaan kulit yang tidak betul.
*Amalan pemakanan yang tidak seimbang.
~~Selain itu, ia mungkin juga disebabkan oleh kulit lembap kerana faktor hormon yang tidak seimbang.
*Suka makan makan pedas dan berempah.
*Kulit muka kelihatan merah, kulit kelihatan nipis dah jelas kelihatan saluran darah di bahagian pipi.
*Kulit bengkak kerana terlalu banyak makan garam dan peredaran darah yang lemah.
Sebaiknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka seperti berikut;
1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)
2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.
3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.
4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.
5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.
6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis (macam kawan saya,hehe). Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.
Sayangilah Kulit Anda! Macam saya sekarang (baru nak jaga~~huhu)