Saturday, August 13, 2011

Mana korang wahai anak-anak ?

Kata orang, mak boleh jaga anak-anak walaupun sedozen... Tapi sorang anak belum tentu mampu jaga seorang mak...inilah hakikat kehidupan kita sekarang ni...
                                                      Gambar Hiasan je nih (^_^)




 MRK bukan apa, sedih tgok sorang mak cik nie pagi2 lagi dah terkedek-kedek bawa troli cari kotak2 kosong dgn surat khabar lama (pukul 5am k,korang mampu? korang semua duk bawah selimut time ni k!------>mood sedih<---- bila setiap hari tgok mak cik nie beli roti H5 harga 70 sen tu je setiap kali MRK bersua muka dgn nya.... pernah satu hari tu, hati kecil MRK ni nak sangat bertanya khabar ngan mak cik nie...akhirnya tercapai jugak hasrat tu... 
                                                           
Nama mak cik nie senah (Nur hasnah katanya) suh panggil senah je...nama panggilan kwn2 katanya... mak cik senah ni ramai anak katanya, tapi semuanya dah travel p tempat lain...tinggal lah dia sebatang kara kat area kawasan MRK kerja tu...risik punya risik (MRK perisik ok--->feeling2 ejen 009 gitu)...ada 8 orang anak, semua lelaki... (dlm hati MRK, ape punya anak la mcm ni, mak sorang pun xleh nak jaga----->baik muntahkan balik susu time kecik korang minum tu(tu kalau korang minum susu DAD* la,lau korang minum susu LEMB* tak tau lah (^_^)<------ dasar anak tak tahu diuntung!!!MRK emo dlm hati je korang, tapi muka still kusyuk, buat2 comel sambil dengar mak cik senah bercerita)....4 dah berkeluarga, 4 bujang lagi... sorang tu kerja BOM** katanya, sorang lagi ASK**... yang lain2 kuli je katanya, (dlm hati MRK, aku pun kuli jgak ok...hari2 dah terasa kuli tahap dewa dah ni, huhuhu)...mak cik senah kata, dah lama dia tak lihat anak2 dia tu... 


tahun lepas yg bongsu je datang jumpa dia sebab nak minta tolong bayar saman moto...(apa punya anak la, time korang susah, baru nak cari mak...time senang korang buat2 tak ingat kan!!!) korang mampu? tahun lepas ya jumpa, tu pun yg bongsu..yg lain2? entah bertahun dah tak jenguk orang tua tu... kalau lah MRK tinggal kat luar, bukan kat kolej..dah lama MRK ajak mak cik senah nie duk skali...(jiwa MRK nie cepat terusik dengan kisah2 mcm ni----->almaklumlah, jiwa YB...hahahaha verangan kan!!) ..last sblm kami buat hal masing2, mak cik senah cuma berharap..dia nak sangat jumpa semua anak2 dia tu..... tak nak bawa tinggal sekali pun tak apalah, asalkan dapat tgok muka anak2 yg dah lama dia x tengok tu pun jadilah katanya... (masa nie, MRK dah rasa bergenang manik2 berharga MRK kat dlm mata ni)..sblm mak cik senah pergi..sempat MRK bagi apa yg patut..(rahsia k, perkara baik disembunyikan...takut riak ^_^....huhuhu....) kepada anak2 diluar sana, hargailah ibumu kerana setiap keringat yg dia curahkan sewaktu membesarkan kalian, tak ternilai dengan wang ringgit...walaupun korang orang kampung, orang bandar, orang desa atau seangkatan dengannya...


Mak yg melahirkan cuma ada sorang je...ingat kalian semua, seburuk, sekeji,sejahat mana pun mak kita suatu masa dahulu...dia tetap mak yg melahirkan kita......(MRK feeling2 nak jadi kaunselor dulu, tapi dah tukar impian..feeling2 nak jadi YB lak, baru fofuler kan..haahaha korang mampu dengan MRK?-sure x kan...hahaha) ...apa2 pun, MRK doakan mak cik senah dapat jumpa kesemua anak2 dia sebelum menutup matanya...MRK sayang mak MRK, everything yg MRK usahakan adalah utk kamu mak ku... (lepas nie, tiap2 hari kene kumpul kotak2 ngan paper lama kat tempat kerja tu la nampaknya..hehe semata-mata nak bagi kat mak cik senah tu)...feeling2 nak kumpul pahala skrg nie..bukan MRK xde pahala k, cuma kureng skit..bulan pose kan nie...hahaha)....korang yg ada fikiran, fikir-fikirkanlah :).....

Tuesday, August 9, 2011

Aku: Inginkan saat itu...

Hahahaha... kenapa update blog dengan title nie MRK? ..hmmmm entahlah, tetiba feeling2 terasa nak ada anak...tapi mampukah MRK nak jaga anak kalau MRK dianugerahkan anak dlm usia muda remaja mcm nie... entahlah mak ngah... agaknya, inilah sindrom awal usia2 orang kat luar sana yang dah sebaya dengan MRK nie ya.. indahnya hidup kalau ada anak nie kan... tension study, tension kerja... balik rumah tgok muka anak..sejuk rasa hati... MRK bukan hapa, cuma teringin sangat nak dengar panggilan azimat tu..sebab hari2 MRK kat tempat kerja, MRK dikelilingi wajah anak-anak kecil yg comel dan manja.. satu hari waktu MRK tgah belek2 fail nak tgok analisis profile sales syarikat utk bulan. tetiba dengar suara comel depan pintu.. skali MRK tgok, ya allah comelnya budak nie.. gebu pipinya, rasa kalau xde ayah dia time tu.. dah MRK dukung dan cubit2 pipit tu sampai merah...hahahaha cubit manja ya.. bila dengar dia panggil ayah dia, ----> Papaaa, iman nak cadbury tu.. , papa ukung iman nak ambik <-----.. mulalah MRK bertukar watak menjadi mat jening yg berangan sekejap... bukan berangan nak kawin dengan puteri raja k..tapi berangan kalau lah MRK ada anak...hmmmmmm hahahaha!! 




akak MRK ada cakap, bukan senang nak jaga anak nie, bukan macam bela kucing, bukan macam bela ikan emas...ko biar je dia mcm tu..bagi makan dah, bior je berjalan2 mcm tu, berenang-renang suka hati.....anak nie manusia..dalam hati MRK---> yelah manusia, takan ber** kot kak <----- ko kalau ada anak bila2 t, jaga makan pakai anak ko tu, tgok sape kwn2 dia, faham perasaan budak2 mcm mane, jangan ikut ko je betul, budak2 nie lain..manja biar bertempat, mengikut biar berpada... ko tu nampak je baik,lemah lembut dengan budak2... tapi kalau tak kena dengan angin ko tu, lumat budak tu ko kerjakan... <-----sempat nak melaha MRK masa nie------>!! back to da topic MRK: ...hahahahaha

                                                   Sayangnya anak Papa nie..Chak!!



Insyalah ada rezeki tu adalah MRK merasa ya..doa2kan lah ya pembaca diluar sana... dah ada anak esok2, jgn masa kecik je sayang, bior sayang tu sampai anak tu tua bangka! ingat, belajar psikologi kanak2 mcm mane...nie tak, ko main redah je bela anak tu.... bila anak tu merenggek waktu malam, ko sumbat je susu kat mulut dia..walhal budak tu bukannye lapo mak nye atau ayahnye....anaknye kembung perot... tak ke bonggok  kekdahnya!!! hahahaha MRK sedapnya ko melaha kan, ko tak tau susah senang jaga anak nie.... huhuhuhu... takpelah, MRK tunggu saat itu.....Anak Papa..ala-ala comelnya dia...nak ucu tak? hahahaha



Thursday, January 27, 2011


Aku redha dengan segala ketentuanMu..


Namun hingga saat ini, 
aku tak mampu menahan mutiara itu dari  terus mengalir…
Hangat sebentar tatkala segalanya itu datang menyapa..
Tanpa aku sedar…tanpa aku pinta..

Allahhu rabbi..
Ampukan hambaMu Ya Allah..
Kerana tak mampu mengharungi medan perjuangan ini…
Kerana tak mampu menggalas amanah yang Kau beri ini dengan baik dan sempurna…
Sesungguhnya diriku ini sangat lemah tika mana ujian itu datang menyapa…
aku tahu amanah ini bukan milikku…tapi anugerah dariMu..

Tiada apa yang aku dambakan melainkan rahmat kasihMu yang Maha Esa..
Hanya Kau saja yang Mengetahui isi hatiku..
Aku insan lemah..
Tiada daya melainkan dengan bantuan dan pertolonganMu..

Ya Allah…
Kurniakan hambaMu ini kekuatan agar rebahku ini disertai dengan bangkitnya kembali..
Aku inginkan ketenangan dari segala yang memenuhi fikiran ini..
Dari segala yang melanda hati ini…

Aku punya perancangan, 

aku punya impian agar perjalananku ini tidak terus rebah,
Agar perjalanan ku ini tak selalu lelah..
aku ingin aturkan perjalanan aku ini,

agar bila aku rebah,ia bangun semula…
Bukan rebah buat selama-lamanya…
Namun ku tahu,, perancanganMu Ya Allah Lebih Hebat dan mengatasi segalanya..
Berilah aku kekuatan Ya ALLAH…
RedhaMu ku damba,

rahmatMu kupinta, 
kasihMu kutagih, 
keampunanMu kuharapkan..
Bantulah hambaMu yang lemah ini dalam meredahi duri-duri yang tertegak di atas jalanMU..

onak ranjau yang perit dan menyakitkan ini...Hanya padaMu kuharap dan kuserahkan segalanya..
Amen ya RAbb..
ku dambakan ketenangan abadi...ku ingin jadi sepertimu...
semangat yang tak pernah luntur...
semangat yang pernah kau berikan kepada junjunganku...

~~Andai lelapku menjegah diri, biarlah datangnya tika aku tenang,
~~Andai diriku mu cintai, biarlah telah habis sayangku pada insan dihati,
~~Andai masa tak berdetik lagi, biarlah semuanya telah tertunai..........


                                             Ya Allah: Beratnya Ujianmu Terhadapku.

Sunday, January 23, 2011

me, myself and i

aku pendatang baru dalam blogspot.. 
hanya sekadar untuk mengisi masa lapang...
bila dah ramai sahabat semua mempunyai blog... a

ku terasa juga untuk membuat blog..
kalau nak ikutkan dah lama dah nak joint....

tapi oleh kerana malas nak buat maka hasrat hati ditangguhkan buat sementara waktu...
tapi bila asyik tgk blog orang je... 

boring jugak.. nak komen pun susah... huhu...
maka terhasillah blog nih... kalo nak komen pun boleh...huhu



dunia gila-gila ku....kini bermula~~~~~

~~Jom Kenali Kulit Kite~~

Hurmmm nie mungkin tip berguna untuk si jejaka ataupun si gadis yang sangat mementingkan penampilan diri. kulit adalah merupakan aset yang sangat berharga yang dianugerahkan kepada setiap yang memilikinya~


Sebelum seseorang juru kecantikan memulakan tugasan merawat muka pelangan dan melakukan rawatan muka (facial treatment) adalah perlu untuk dia mengetahui jenis-jenis kulit pelangan agar dapat menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit. perkara ini perlu dipelajari dengan mendalam agar ia tidak memudaratkan dan mendatangkan kesan sampingan selepas sesi rawatan tersebut. 


Terdapat 4 jenis kategori kulit iaitu:
1- Kulit Normal.
2- Kulit Berminyak.
3- Kulit Kering.
4- Kulit Campuran @ Kombinasi.


Cara-cara untuk mengenali kulit normal:
*Kulit kelihatan kemerah-merahan dan agak berseri.
*Kulit kelihatan gebu, pejal dan segar.
*Kulit kelihatan halus dan tidak berkerak (berparut @ bertanda).
*Kulit kelihatan tidak berkilat, kusam atau pudar.


sedikit tips bagi yang menginginkan kulit normal:
~~Amalkan memakan buah-buahan segar dan amalan pemakanan seimbang amat diperlukan. 
Menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit muka yang dimiliki juga amat penting. Pastikan kulit muka dibersihkan pada waktu malam sebelum tidur dan pada waktu pagi selepas bangun. 
* Gunakan penyegar dan krim yang bersesuaian dengan kulit muka ketika mencuci.
*PASTIKAN anda menggunakan penyegar (toner) sebelum menyapu alas bedak @ day krim.


Cara-cara untuk mengenali kulit berminyak:
*Kulit kelihatan berkilat dan berminyak.
*Kulit alahan dan mudah bertanda ataupun berbintik-bintik.
*Senang ditumbuhi jerawat dan kelihatan jelas liang roma terbuka.
*Muka tidak berseri, kelihatan pucat dan tidak menarik.


sedikit tips bagi yang menginginkan kulit berminyak:
~~Elakkan makanan yang berlemak, berminyak, dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
*Tidur yang cukup adalah penting untuk merehatkan kulit bagi pertumbuhan kulit baru berlaku dengan baik.
*Amalkan meminum air suam dan yang paling penting, elakan penggunaan produk berasaskan minyak kerana ia akan memudaratkan lagi kulit anda...gunakan produk berasaskan air adalah alternatif paling tepat.

Cara-cara untuk mengenali kulit kering:
*Kulit kelihatan tidak segar dan merekah, bersisik dan yukk tidak cantik.
*Kulit kelihatan berkedut dari usia yang tidak sepatutnya.
*Kulit terasa tegang selepas dicuci.
*Sensitif dan terasa gatal-gatal.
*Kulit mengelupas dan kelihatan macam berkelemumur pada bahagian kering.


sedikit tips bagi yang menginginkan kulit kering:
~~Gunakan pelembap setiap hari dan pastikan pelembap yang digunakan bersesuaian dan bermutu. 
*Amalkan memakan makanan yang seimbang dan buah-buahan segar.
*Jangan mencuci muka terlalu kerap.
*Jangan dedahkan kulit dibawah cahaya matahari tanpa menggunakan krim penghalang matahari.
*Amalkan meminum air suam dan minum lah banyak2...x rugi pun..

Cara-cara untuk mengenali kulit campuran @ kombinasi:
~~Kulit muka di bahagian dahi, hidung dan dagu kelihatan berminyak.
~~Kulit di bahgaian pipi kelihatan kering dan campuran berminyak di kawansan sekeliling.

Faktor penyebab wujudnya kulit seperti ini:
*Penjagaan kulit yang tidak betul.
*Amalan pemakanan yang tidak seimbang.
~~Selain itu, ia mungkin juga disebabkan oleh kulit lembap kerana faktor hormon yang tidak seimbang.
*Suka makan makan pedas dan berempah.
*Kulit muka kelihatan merah, kulit kelihatan nipis dah jelas kelihatan saluran darah di bahagian pipi.
*Kulit bengkak kerana terlalu banyak makan garam dan peredaran darah yang lemah.






Sebaiknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka seperti berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis (macam kawan saya,hehe). Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.


Sayangilah Kulit Anda! Macam saya sekarang (baru nak jaga~~huhu)


Thursday, January 20, 2011

~ Insan Bernama Ibu~

~ Dipetik daripada: Nukilan Jejari Azhad. ~


Orang kata aku lahir dari perut mak..memang pun.
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak ,, perkataan pertama yang aku sebut.. mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku… mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak


                                                           ~~Aku Sayang Mak Aku~~
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkkkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu berleter kat aku.. mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… mak


                                                          ~Aku Rindu Mak Aku~~
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari mak
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat mak aku..
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah mak
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… mak ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon mak
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk mak aku...


Renungkan:

Dulu mak kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim duit untuk mak? mak
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata bila terkenangkan mak..

ingatlah pengorbanan makkk….

~~aku sayang mak aku~~

Tolong Ingatkan Aku (*_*)

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa ditebus hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita



~~~Aku Kongsikan lagu Kesukaan aku~~(^.^)